Monday, 30 December 2013

BULAN RABIUL AWAL

Rabiulawal adalah bulan ketiga mengikut kalendar Islam. Rabiulawal bererti musim bunga yang pertama. Ia amat terkenal dikalangan masyarakat Islam kerana didalam bulan inilah Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dilahirkan iaitu pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi. Perlantikan menjadi Rasul pada 9 Rabiulawal bersamaan 610 Masehi dan kewafatan baginda Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam pada 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijriah.

Sebagai Hamba Allah yang taat kepada perintah-Nya dan Rasul-Nya hendaklah mengingati hari kelahiran Junjungan besar kita Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam dengan memperbanyakkan zikir dan selawat tanda bersyukur kepada Allah diatas limpah kurnia-Nya mengutus Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam yang membawa manusia kejalan kebaikan dan menegah daripada jalan kejahatan. Kewajipan kita sebagai umat baginda ialah menyambung perjuangan baginda itu dengan menyeru manusia kepada jalan Allah dan menegah daripada perbuatan mungkar.

Firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam surah Ali-Imraan ayat 31-32:

Terjemahannya:
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad); "Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir".

Wednesday, 25 December 2013

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH

  • Nabi saw. bersabda, “Ada tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: imam yang adil, pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah, orang yang hatinya berpaut pada masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah berkumpul dan berpisah keranaNya, lelaki yang diajak berzina oleh wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan, maka ia mengatakan,’ Sesungguhnya aku takut kepada Allah’, orang yang bersedakah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di nafkahkan oleh tangan kanannya, dan seseorang yang mengingat Allah dalam keadaan sepi (sendiri) lalu mengalir air matanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
 
  • Rasul saw. telah bersabda,“Sesiapa mendengar azan lalu tidak mendatanginya (masjid) maka tiada solat baginya melainkan sesiapa yang uzur". (HR Ibn Majah)

    Di dalam Mazhab Syafie, maksud kepada hadis tersebut, bagi kalimah "tiada solat baginya" adalah tidak sempurna solat dan bukannya tidak sah solat. Ini bermakna pahala seseorang yang bersolat di rumah tidaklah sesempurna seseorang yang bersolat di masjid.
 
  • Rasul saw telah bersabda: “Sesiapa bersuci di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk menunaikan solat yang telah Allah wajibkan kepadanya maka setiap langkahnya menghapus satu dosa dan langkah yang satunya mengangkat satu tingkat derajatnya.” (HR.Muslim).
 
  • Dari Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Mahukah saya tunjukkan kepada kamu perkara-perkara yang mana dengannya Allah menghapuskan dosa-dosa serta mengangkat darjat kamu?. Para sahabat menjawab: Mahu, ya Rasulullah. Beliau s.a.w. lalu bersabda: Sempurnakan wuduk sekalipun di dalam kesukaran, banyakkan melangkah untuk ke masjid dan menunggu solat sesudah melakukan solat. Itulah yang disebut ribath, iaitu perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyakkan ketaatan pada Tuhan. (HR Muslim)




Sunday, 22 December 2013

SEMINAR MAQASID AL-QURAN

 
*BACA *FAHAM *AMAL
 
GAGASAN SETIAP INDIVIDU SENASKAH AL-QURAN
 
PERINGKAT DUN JORAK,MUAR
JOHOR DARUL TAKZIM
 
PENCERAMAH
PROF. MADYA DR.MUHD NAJIB BIN ABDUL KADIR
JABATAN PENGAJIAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
 
TARIKH : 25 DISEMBER 2013
 
HARI : RABU
 
MASA : 7.45 PAGI - 12.45 T/HARI
 
TEMPAT : DEWAN PEKEMBAR,KOMPLEKS SRI PEKEMBAR
KM 25, JALAN PAGOH,MUAR
JOHOR DARUL TAKZIM.
 
ANJURAN :
PEGAWAI PENGGERAK MASJID DAN SURAU
DUN JORAK,
PEJABAT KADI DAERAH MUAR,
MUAR,JOHOR DARUL TAKZIM
 
DIURUSKAN OLEH :
UMMAH NETWORK (M) SDN BHD

Wednesday, 18 December 2013

SHAHIH AL-BUKHARI (Sambungan)

Judul Lengkap Shahih al-Bukhari
Siapa yang tahu kalau kitab Shahih al-Bukhari memiliki nama yang lumayan panjang, jauh lebih panjang dari pada nama yang masyhur di tengah-tengah kita sekarang ini.
Nama lengkap dari kitab Shahih al-Bukhari sebagaimana dibawakan oleh Ibnu Hajar al-‘Asqolani rahimahullah di dalam kitab Hadyus-Sari Muqaddimah Fathul Bari adalah al-Jami’ ash-Shahih al-Musnid min Hadits Rasulillah shallallahu ‘alaihi wa sallam wa Sunanihi wa Ayyamihi. Dalam riwayat yang lainnya disebutkan dengan nama al-Jami’ al-Musnid ash-Shahih al-Mukhtashar min Umur Rasulillah shallallahu ‘alaihi wa sallam wa Sunanihi wa Ayyamihi. Kitab tersebut masyhur di tengah-tengah kita sekarang ini dengan nama Shahih al-Bukhari, sebuah kitab yang banyak dikenal manusia, baik yang muslim maupun yang kafir.
 
Jumlah Hadis Shahih al-Bukhari
Ibnu ash-Shalah rahimahullah menerangkan bahwa jumlah hadis di dalam kitab ini dengan pengulangan sebanyak 7.275 hadis, sedang tanpa pengulangan sebanyak empat ribu hadis.
Adapun Ibnu Hajar al-‘Asqolani rahimahullah menyimpulkan bahwa jumlah hadis yang maushul maupun yang mu’allaq sebanyak 2.761 dengan tanpa pengulangan, sedangkan dengan pengulangan sebanyak 9.082 hadis, belum lagi ditambah dengan riwayat-riwayat yang terhenti pada sahabat dan ucapan tabi’in.
 
Faktor Pendorong Penulisan Kitab Shahih al-Bukhari
Berkaitan dengan hal ini Muhammad bin Ismail al-Bukhari rahimahullah berkata: “Kami dahulu berada di sisi Ishaq bin Rohawayh (guru al-Bukhari dan Amirul Mukminin dalam ilmu hadis), lalu ia berkata: ‘Sekiranya ada dari kalian yang menyusun sebuah kitab ringkas tentang sunah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang sahih.’ Ucapan beliau membekas di dalam hatiku, setelah itu aku langsung memulai menyusun al-Jami’ ash-Shahih.”
Di dalam riwayat lainnya, Muhammad bin Sulaiman bin Faris mengatakan: “Aku pernah mendengar al-Bukhari bercerita: ‘aku bermimpi bertemu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, aku berdiri di hadapan beliau dengan membawa kipas untuk melindungi beliau, lalu aku bertanya kepada pakar tafsir mimpi, ia menjawab bahwa aku akan melindungi beliau dari dusta, hal inilah yang mendorongku untuk menyusun kitab al-Jami’ ash-Shahih.
Mimpi yang menjadi isyarat bahwa al-Bukhari rahimahullah akan menyusun kitab Shahih tidak hanya dilihat oleh beliau saja, di antara para ulama ada juga yang bermimpi tentang al-Bukhari, di antara mereka adalah Najm bin Fudhail dan Muhammad bin Abi Hatim al-Bukhari. Muhammad bin Abi Hatim bercerita: “Aku melihat Muhammad bin Ismail al-Bukhari di dalam mimpi berjalan di belakang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika Nabi sedang berjalan. Setiap kali Nabi mengangkat kakinya maka al-Bukhari meletakkan kakinya di bekas telapak kaki Nabi.”
 
Sebelum Menulis Hadis
Beliau begitu lelah dalam menyaringnya, memperbaiki susunannya dan mencari-cari hadis mana saja yang sahih. Bahkan tidaklah beliau menulis sebuah hadis dalam kitabnya itu melainkan ia mandi terlebih dahulu lalu salat dua rakaat, seraya istikhoroh kepada Allah dalam penulisannya itu. Al-Bukhari bercerita: “Tidaklah aku menulis sebuah hadis di kitab Shahih melainkan aku mandi terlebih dahulu dan salat dua rakaat.”
Beliau juga mengatakan: “Aku hanya menuliskan hadis sahih di dalam kitab ini, dan hadis sahih yang lainnya masih banyak lagi.”
Hadits-hadits dalam kitab tersebut telah beliau pilih dari enam ratus ribu hadis. Beliau berkata: “Aku menyusun kitab Shahih ini dari enam ratus ribu hadis.”
Tidaklah beliau meletakkan sebuah sanad di dalamnya melainkan riwayatnya sahih dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan sanad yang tersambung, yang mana para perawinya adil dan kuat hafalannya.
Beliau merampungkan penyusunan kitab itu selama 16 tahun. Setelah itu beliau membawanya kepada Imam Ahmad bin Hambal, Yahya bin Ma’in, Ali bin al-Madini dan ulama lainnya, mereka menyatakan bahwa kitab itu adalah sangat bagus dan bersaksi akan kesahihannya.
Para ulama pada setiap masa pun telah menerimanya dengan kedua tangan terbuka. Al-Hafizh adz-Dzahabi rahimahullah berkata: “Ini adalah kitab paling mulia dan utama setelah kitabullah ta’ala.” Sebagaimana an-Nawawi juga mengatakan bahwa Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim merupakan kitab yang paling sahih yang ada di muka bumi ini (setelah al-Qur’anul karim).
Demikianlah setitik cerita tentang Imam al-Bukhari dengan kitab Shahih-nya. Semoga bermanfaat bagi kita semua dan semoga Allah merahmati beliau. Amin.

BIOGRAFI IMAM AL-BUKHARI

Nama & Nasab
Nama lengkap Imam al-Bukhari rahimahullah adalah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju’fi al-Farisi. Sedangkan kunyah beliau adalah Abu Abdillah.
 
Kelahiran
Beliau dilahirkan di Bukhara, sebuah kota masyhur yang terletak di sebelah tengah Uzbekistan, pada bulan Syawal tahun 194 H. Beliau tumbuh dengan keadaan yatim dalam didikan ibunya. Kepada kota Bukhara inilah penisbatan nama Imam al-Bukhari.
 
Menuntut Ilmu
Beliau memulai rihlah (perjalanan) untuk menuntut ilmu hadis pada tahun 210 H ketika pergi berhaji bersama Ibu dan saudaranya. Beliau menetap di Makkah untuk menyelami ilmu hadis, setelah itu baru beliau berkeliling ke negara-negara yang lain.
Imam al-Bukhari rahimahullah sering berpindah dari satu negeri ke negeri yang lain. Beliau pernah bermukim di Hijaz selama dua tahun. Demikian pula beliau pernah bepergian ke Syam, Mesir, Jazirah Arab, al-Bashrah, al-Kufah dan Baghdad serta ke Khurasan.
 
Kuatnya Hafalan
Dahulu beliau adalah seorang yang sangat kuat hafalannya. Disebutkan dalam sebuah riwayat bahwasanya beliau dahulu dapat menghafal sebuah kitab hanya dengan membacanya sekali saja.
Al-Bukhari rahimahullah bercerita tentang kuatnya hafalannya: “Aku hafal seratus ribu hadis sahih dan dua ratus hadis tidak sahih.”
Hasyid bin Ismail rahimahullah bercerita: “Dahulu Abu Abdillah al-Bukhari sering berangkat bersama kami menuju majelis para ulama kota Basroh, waktu itu ia masih relatif muda, namun ia tidak pernah menulis. Hingga pada suatu hari aku berkata kepadanya: kamu sering pergi bersama kami, tapi tidak pernah menulis, lalu apa yang kamu perbuat? Setelah enam belas hari berlalu ia berkata kepada kami: kalian begitu sering menyampaikan hal itu kepadaku, coba sampaikan kepadaku hadis-hadis yang telah kalian tulis! Lalu kami pun mengeluarkan semua hadis yang ada pada kami, dan ternyata al-Bukhari menambah lagi dengan lima belas ribu hadis, keseluruhannya ia sampaikan dari hafalannya, akhirnya kami pun melengkapi tulisan kami dari hafalannya. Al-Bukhari berkata: bagaimana sekarang, apakah kalian melihatku pergi tanpa manfaat dan menyia-nyiakan hari-hariku?!.’ Dari situ kami tahu bahwasanya tidak ada seorang pun yang mengungguli beliau.”
 
Sifat Mulia
Beliau adalah seorang yang zuhud, berhati-hati dan menjauhi hal-hal haram dan subhat (tidak jelas halal haramnya), jauh dari para penguasa dan pemimpin, pemberani dan dermawan. Banyak para ulama pada masa beliau dan sepeninggalnya menyanjung dan memuji beliau dengan pujian yang baik dan mulia.
Imam Ahmad rahimahullah berkata: “Tidak pernah kota Khurasan melahirkan seorang ulama sepertinya.”
Ibnu Khuzaimah rahimahullah bercerita: “Tidak ada seorang pun di bawah langit ini yang lebih tahu dan lebih hafal tentang hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dari Muhammad bin Ismail al-Bukhari.”
Beliau begitu semangat juga dalam mempelajari fikih. Ia memiliki ketelitian yang menakjubkan ketika beristinbat dari suatu hadis, sebagaimana yang telah terbukti dalam kitab Shahih-nya.
 
Karya-Karya
Imam al-Bukhari memiliki banyak karya tulisan, di antaranya adalah Shahih al-Bukhari, al-Adab al-Mufrad, Khalq Af’al al-‘Ibad, Juz’ Raf’ al-Yadain fi ad-Du’a, Juz’ al-Qiraah kalfa al-Imam, Tarikh al-Bukhari, dan beberapa kitab lainnya.
 
Wafat
Imam al-Bukhari rahimahullah wafat di daerah Khartank, sebuah negeri yang terletak dekat dari Samarkand pada malam Idul Fitri tahun 256 H pada usia 62 tahun kurang tiga belas hari.
Muhammad al-Jurjani rahimahullah berkata: “Aku mendengar Abdulwahid bin Adam at-Tawawisi berkata: aku bermimpi melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersama sekumpulan sahabat beliau. Nabi berdiri di sebuah tempat, lalu aku mengucapkan salam dan beliau pun menjawab salamku. Aku bertanya: mengapa engkau berdiri, wahai Rasulullah? Beliau menjawab: Aku menunggu Muhammad bin Ismail al-Bukhari. Beberapa hari setelah itu sampai kepadaku kabar tentang kematian al-Bukhari, setelah aku perhatikan ternyata beliau meninggal pada waktu aku bermimpi bertemu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Beliau telah meninggalkan ilmu yang melimpah pada karya-karyanya. Semoga Allah merahmati beliau dan membalasnya dengan kebaikan yang melimpah.
 
 
 

Kitab Syamail Muhammad s.a.w Keperibadian Rasulullah


 


"Salah satu karya terbaik mengenai keperibadian dan akhlak Rasulullah s.a.w. Ini ialah karya Imam at-Tirmizi.Karya ini singkat namun lengkap sehingga setiap orang yang membacanya seakan-akan menyaksikan langsung keindahan dan keagungan peribadi Rasulullah yang mulia."
(Syeikh al-Qari dalam Jam'ul wasa'il)

Monday, 16 December 2013

HARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM

    

TARIKH HIJRI
TARIKH MILADI
HARI PERAYAAN/KEBESARAN ISLAM
12 Rabiulawal 1435

14 Januari 2014

Maulidur Rasul

27 Rejab 1435

27 Mei 2014

Israk Dan Mikraj

1 Ramadhan 1435

29 Jun 2014

Awal Ramadhan

17 Ramadhan 1435

15 Julai 2014

Nuzul Al-Quran

1 Syawal 1435

28 Julai 2014

Hari Raya Aidilfitri

1 Zulhijjah 1435

26 September 2014

Awal Zulhijjah

10 Zulhijjah 1435

5 Oktober 2014

Hari Raya Aidiladha

1 Muharam 1435

25 Oktober 2014

Awal Muharam/Maal Hijrah

TAKWIM PROGRAM MINGGUAN MASJID AT-TAQWA IKBN PAGOH

  • Program Membudayakan Al-Quran (Isnin selepas Maghrib)
         * Dipimpin oleh Ustaz Sobri Bin Taib
  • Program Ceramah Agama Sempena Bulan Dakwah (Selasa selepas Maghrib)
         * Penceramah jemputan
  • Program Kelas Feqah (Rabu selepas Maghrib)
          * Dipimpin oleh Ustaz Zamberi bin Hj moon
  • Program Tahlil Dan Bacaan Yasin (Khamis selepas maghrib)
  • Program Membudayakan Al-Quran dan Tajwid ( Jumaat)
         * 8.30-9.30 pagi kecuali cuti umum
         * 9.30-10.00 pagi : Budaya Al-Quran
  • Ceramah Mingguan (Jumaat 2 kali pada setiap bulan)
         * Ustaz Amran Bin Mat Kahar
  • Program Qasidah ( Rabu selepas Isyak)
         * Kelab Imam Muda