Wednesday, 26 February 2014

Sambutan Maulidur rasul 1435H

Rabu 30 Januari 2014 telah diadakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat IKBN Pagoh. Program dimulakan seawal jam 8.00 pagi. Acara bermula dengan setiap Jabatan dengan sepanduk yang dihasilkan sendiri, berarak mengelilingi kawasan IKBN Pagoh dengan diiringi alunan selawat ke atas Nabi. Antara aktiviti lain yang diadakan ialah pertandingan azan, hafazan, berzanji & karnival semarak jawi.

Aktiviti pertandingan azan, hafazan, berzanji & karnival semarak jawi telah diadakan di Masjid At-Taqwa IKBN Pagoh. Kesemua aktivit telah berakhir pada jam 12.30 tengahari Semoga Program seperti ini dapat diteruskan dimasa hadapan.





"Kalimah Allah Akhirnya Saya Islam" (Dilema Bible Membenar Al-Quran)

Alhamdulillah,pada 11 februari 2014 telah berlangsung ceramah perdana peringkat IKBN Pagoh bertempat di Dewan Karisma IKBN Pagoh yang disampaikan oleh Ustaz Robby @ Zaid Tandang yang merupakan bekas pengacara TV Al-Hijrah dan juga merupakan bekas mubaligh kristian.Banyak ilmu yang diperolehi sepanjang sesi penyampaian oleh beliau yang antaranya menyentuh soal kalimah Allah yang hangat diperkatakan sekarang,perbandingan antara agama Islam dan Kristian dan juga penyelewengan yang terdapat di dalam Kitab Bible.Pada akhir sesi,dibuka ruang untuk para pendengar bertanyakan soalan kepada Ustaz Robby.Ceramah yang bertajuk "Kalimah Allah Akhirnya Saya Islam" (Dilema Bible Membenar Al-Quran) bermula kira-kira jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 11.15 malam.

Ustaz Robby @ Zaid Tandang






Kami dari penganjur memohon ribuan kemaafan sekiranya ada kekurangan dan ketidakpuashatian di dalam sepanjang kami mengendalikan ceramah perdana ini.Tidak lupa juga kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir.Moga Allah memberkati kta semua.InsyaAllah.

Monday, 27 January 2014

CERAMAH PERDANA



CERAMAH PERDANA 2

PENCERAMAH : USTAZ EBIT LEW

TARIKH : 25 FEBRUARI 2014

MASA : SELEPAS SOLAT ISYAK

TEMPAT : DEWAN KARISMA IKBN PAGOH

TAJUK : "INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT"

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR

Sunday, 26 January 2014

CERAMAH PERDANA







CERAMAH PERDANA 1

PENCERAMAH : USTAZ ROBBY @ ZAID TANDANG

TARIKH : 11 FEBRUARI 2014

MASA : SELEPAS SOLAT ISYAK

TEMPAT : DEWAN KARISMA  IKBN PAGOH

TAJUK : "KALIMAH ALLAH AKHIRNYA SAYA ISLAM"
 ( DILEMA BIBLE MEMBENAR AL-QURAN)


MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR



Monday, 30 December 2013

BULAN RABIUL AWAL

Rabiulawal adalah bulan ketiga mengikut kalendar Islam. Rabiulawal bererti musim bunga yang pertama. Ia amat terkenal dikalangan masyarakat Islam kerana didalam bulan inilah Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dilahirkan iaitu pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi. Perlantikan menjadi Rasul pada 9 Rabiulawal bersamaan 610 Masehi dan kewafatan baginda Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam pada 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijriah.

Sebagai Hamba Allah yang taat kepada perintah-Nya dan Rasul-Nya hendaklah mengingati hari kelahiran Junjungan besar kita Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam dengan memperbanyakkan zikir dan selawat tanda bersyukur kepada Allah diatas limpah kurnia-Nya mengutus Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam yang membawa manusia kejalan kebaikan dan menegah daripada jalan kejahatan. Kewajipan kita sebagai umat baginda ialah menyambung perjuangan baginda itu dengan menyeru manusia kepada jalan Allah dan menegah daripada perbuatan mungkar.

Firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam surah Ali-Imraan ayat 31-32:

Terjemahannya:
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad); "Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir".

Wednesday, 25 December 2013

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH

  • Nabi saw. bersabda, “Ada tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: imam yang adil, pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah, orang yang hatinya berpaut pada masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah berkumpul dan berpisah keranaNya, lelaki yang diajak berzina oleh wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan, maka ia mengatakan,’ Sesungguhnya aku takut kepada Allah’, orang yang bersedakah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di nafkahkan oleh tangan kanannya, dan seseorang yang mengingat Allah dalam keadaan sepi (sendiri) lalu mengalir air matanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
 
  • Rasul saw. telah bersabda,“Sesiapa mendengar azan lalu tidak mendatanginya (masjid) maka tiada solat baginya melainkan sesiapa yang uzur". (HR Ibn Majah)

    Di dalam Mazhab Syafie, maksud kepada hadis tersebut, bagi kalimah "tiada solat baginya" adalah tidak sempurna solat dan bukannya tidak sah solat. Ini bermakna pahala seseorang yang bersolat di rumah tidaklah sesempurna seseorang yang bersolat di masjid.
 
  • Rasul saw telah bersabda: “Sesiapa bersuci di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk menunaikan solat yang telah Allah wajibkan kepadanya maka setiap langkahnya menghapus satu dosa dan langkah yang satunya mengangkat satu tingkat derajatnya.” (HR.Muslim).
 
  • Dari Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Mahukah saya tunjukkan kepada kamu perkara-perkara yang mana dengannya Allah menghapuskan dosa-dosa serta mengangkat darjat kamu?. Para sahabat menjawab: Mahu, ya Rasulullah. Beliau s.a.w. lalu bersabda: Sempurnakan wuduk sekalipun di dalam kesukaran, banyakkan melangkah untuk ke masjid dan menunggu solat sesudah melakukan solat. Itulah yang disebut ribath, iaitu perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyakkan ketaatan pada Tuhan. (HR Muslim)




Sunday, 22 December 2013

SEMINAR MAQASID AL-QURAN

 
*BACA *FAHAM *AMAL
 
GAGASAN SETIAP INDIVIDU SENASKAH AL-QURAN
 
PERINGKAT DUN JORAK,MUAR
JOHOR DARUL TAKZIM
 
PENCERAMAH
PROF. MADYA DR.MUHD NAJIB BIN ABDUL KADIR
JABATAN PENGAJIAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
 
TARIKH : 25 DISEMBER 2013
 
HARI : RABU
 
MASA : 7.45 PAGI - 12.45 T/HARI
 
TEMPAT : DEWAN PEKEMBAR,KOMPLEKS SRI PEKEMBAR
KM 25, JALAN PAGOH,MUAR
JOHOR DARUL TAKZIM.
 
ANJURAN :
PEGAWAI PENGGERAK MASJID DAN SURAU
DUN JORAK,
PEJABAT KADI DAERAH MUAR,
MUAR,JOHOR DARUL TAKZIM
 
DIURUSKAN OLEH :
UMMAH NETWORK (M) SDN BHD